Faktor Permasalahan Pelajar Pasca Sijil Pelajaran Malaysia (2021) Enggan Melanjutkan Pelajaran
Satu Kajian Kualitatif
Abstract
Kajian ini memberi fokus kepada masalah yang menjadi punca beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) ‘kehilangan’ separuh daripada pelajar yang sepatutnya melanjutkan pelajaran di IPT masing-masing pada tahun ini. Kajian ini melibatkan seramai sembilan orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara lisan bagi mengenal pasti faktor mereka membuat keputusan untuk tidak melanjutkan atau menangguhkan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa kerisauan untuk mendapat peluang pekerjaan selepas pengijazahan, ketiadaan minat untuk meneruskan pembelajaran dalam jurusan yang tidak dipilih oleh pelajar itu sendiri, kebimbangan dibelenggu hutang selepas tamat pengajian, keseronokan menjana pendapatan sendiri dalam ekonomi jangka pendek, keinginan mendalam untuk menjadi influencer atau pempengaruh dan tekanan dari keluarga mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi dari hasil kajian ini dapat digunakan untuk menghasilkan strategi dalam menangani permasalahan ini dan dijadikan panduan untuk kajian yang seterusnya di masa yang akan datang.
Copyright (c) 2024 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.