Persamaan Ayat Kata Tanya Dalam Bahasa Arab Dan Bahasa Melayu:

Suatu Kajian Kontrastif

  • Fauzi Azmi Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
  • Janudin Sardi Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor
  • Muhamad Zaidi Zakaria Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor
  • Asma' Ammar Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor
Keywords: Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Kontrastif, Linguistik, Pragmatik

Abstract

Kajian linguistik kontrastif diaplikasikan dalam dunia pendidikan dan pengajaran bermatlamat memudahkan kefahaman dalam pembelajaran bahasa. Aspek persamaan dapat memudahkan kefahaman para pelajar dan merapatkan jurang perbezaan antara dua bahasa atau lebih antara rumpun bahasa yang berbeza.  Kajian kontrastif ini bertujuan mengenal pasti persamaan ayat kata tanya dalam bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM). Kajian ini merupakan kajian kualitatif, deskriptif dan analisis kontrastif berdasarkan teks dalam kedua-dua bahasa. Teori struktural dan teori pragmatik diaplikasi dalam menganalisis persamaan ini. Dapatan kajian menjelaskan terdapat 11 ciri persamaan ayat kata tanya dalam BA dan BM. Objektif kajian ini juga tercapai, iaitu; membantu para pelajar untuk menguasai bahasa asing dengan lebih mudah, pantas dan menyeronokkan. Kajian ini menyumbang kepada dimensi penerokaan baharu dalam kajian linguistik kontrastif BA dan BM.

Published
2024-03-15