Penggunaan Online-Based Operations Management Performance (e-OMP) Untuk Meningkatkan Prestasi Akademik Pelajar Bagi Subjek Pengurusan Operasi
Abstract
Pengurusan Operasi merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar diploma dan ijazah
di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Subjek ini dianggap
sukar dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu mempelajari teori serta pengiraan pada masa yang
sama. Ini dibuktikan oleh peratus kegagalan pelajar yang agak tinggi bagi subjek ini. Oleh itu, Onlinebased
Operations Management Performance (e-OMP) diperkenalkan dan digunakan sebagai kaedah
alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. e-OMP bertujuan untuk meningkatkan
pemahaman dan prestasi akademik pelajar melalui pendekatan yang lebih fleksibel dimana latihan
dapat diakses dan dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kaedah metodologi kajian
kuantitatif berbentuk analisis data siri masa dari tahun 2012 sehingga 2020 digunakan dalam kajian
ini untuk melihat keberkesanan penggunaan e-OMP bagi pelajar yang mengambil subjek Pengurusan
Operasi di UiTM Pahang. Selain itu, proses penghasilan dan penggunaan e-OMP turut diterangkan.
Objektif kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana penggunaan e-OMP dapat membantu
meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya bagi subjek Pengurusan Operasi. Hasil kajian
membuktikan bahawa penggunaan e-OMP dapat mengurangkan kadar peratus kegagalan pelajar
dalam subjek ini. Ini ditambah dengan keupayaan e-OMP untuk menyediakan maklum balas segera
kepada pelajar daripada segi pengiraan markah serta mengenal pasti tahap pemahaman pelajar
terhadap soalan yang dikemukakan. Dapatan empirikal ini membuktikan bahawa e-OMP boleh
digunakan oleh para pensyarah sebagai kaedah alternatif yang sangat mudah, fleksibel, dan
menyeronokkan dalam membantu, membimbing, dan meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Copyright (c) 2024 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.