PERANAN KEADILAN ORGANISASI DALAM MEMBANGUNKAN PERILAKU POSITIF PEKERJA

PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

  • Siti Salwa Salim Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Razaleigh Muhamat@Kawangit Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurshahira Ibrahim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Azman Ismail Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: keadilan prosedur, keadilan agihan, kepuasan kerja, komitmen organisasi

Abstract

Keadilan merupakan antara kunci utama dalam usaha bagi memastikan kelancaran serta keberkesanan dalam sistem pengurusan bagi sesebuah organisasi. Pengurusan organisasi yang mengambil berat isu keadilan berupaya melahirkan sikap pekerja yang lebih positif dan berdaya saing. Hal ini selaras dengan tuntutan Allah SWT yang menyuruh hambanya supaya sentiasa berlaku adil kepada sesiapa jua bagi mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman terhadap pihak lain selain dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Kajian ini di jalankan bagi mengukur hubungan di antara keadilan organisasi (keadilan prosedur dan keadilan agihan) dengan kepuasan kerja dan komitmen pekerja terhadap organisasi. Kaedah tinjauan di gunakan bagi mengumpul 218 soal selidik dari kalangan pekerja yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Hasil analisis yang menggunakan SmartPLS menunjukkan bahawa keadilan prosedur mempunyai kesan yang positif dan signifikan dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Manakala, keadilan agihan juga mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Seterusnya, implikasi, perbincangan serta kesimpulan akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam makalah ini.

Published
2022-07-06