KEPIMPINAN TRANSFORMASI ISLAM MELAHIRKAN PEKERJA KREATIF
Abstract
Kepimpinan transformasi Islam merupakan satu agen perubahan dalam menperkasakan pengurusan organisasi ke arah yang lebih kompeten dan kehadapan. Gaya kepimpinan ini berupaya mengimbangi aspek islam dalam kepimpinannya menerusi empat elemen utama iaitu pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek dan inspirasi motivasi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengukur perhubungan diantara gaya kepimpinan transformasi berdasarkan empat elemen (pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek dan inspirasi motivasi) dan kreativiti pekerja dengan mengaplikasikan pendekatan Islam dalam menguruskan organisasi. Kajian ini menggunakan 200 borang soal selidik yang diperolehi daripada pekerja yang bekerja di Perbankan Islam, Malaysia. Analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) telah digunakan untuk melakukan pengujian hipotesis. Kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi berdasarkan empat elemen (pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek dan inspirasi motivasi) mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap kreativiti pekerja. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mengesahkan bahawa kepimpinan transformasi merupakan salah satu penentu yang penting terhadap kreativiti pekerja. Selanjutnya, perbincangan, implikasi dan kesimpulan dihuraikan dalam kajian ini.
Copyright (c) 2022 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.