Pentadbiran Tanah Pahang:
Peranan Penghulu dalam Pentadbiran Mukim Zaman Kolonial 1888 – 1957
Abstract
Pentadbiran Penghulu merupakan institusi pentadbiran peringkat mukim dalam sesebuah
daerah di Negeri Pahang. Penghulu dilantik oleh pemerintah negeri iaitu Sultan dan selepas
kemasukan Inggeris di Negeri Pahang, penghulu terus memainkan peranan sebagai pentadbir
tempatan dalam sistem pemerintahan kolonial Inggeris. Penghulu merupakan pentadbir dan juga agen
perantara antara pegawai kerajaan di peringkat daerah dan rakyat di peringkat mukim dan kampung.
Kajian ini meneliti peranan Penghulu dalam urusan pentadbiran tanah dan hal-hal lain dalam mukim
pentadbiran penghulu tersebut. Kajian memberikan tumpuan kepada hal ehwal tanah dalam mukim,
isu-isu yang berkaitan dengan jabatan penghulu, tugas penghulu dan sebagainya. Dalam kajian ini,
fail-fail mengenai pentadbiran tanah telah dirujuk dan kebanyakan fail tersebut berada di Arkib
Negara Malaysia Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati Penghulu memainkan peranan yang besar
terutama sebagai jurucakap kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan
menyampaikan keluhan dan permohonan rakyat kepada kerajaan. Institusi Penghulu juga telah diberi
perhatian oleh pentadbiran Negeri terutama dalam menambah baik skim perkhidmatan penghulu bagi
menjamin kelancaran pentadbiran peringkat mukim dan kampung.
Copyright (c) 2024 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.