Jurang Digital dalam Sektor Pendidikan:

Satu Tinjauan Sistematik

Authors

  • Ina Murni Hashim Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

DOI:

https://doi.org/10.24191/gading.v27i0.439

Keywords:

jurang digital, pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta proses pendigitalisasian yang pantas telah memberi pengaruh dan kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat. Walaupun banyak faedah dan kebaikan yang diperolehi, namun perkembangan tersebut telah mewujudkan ketidaksetaraan dalam penggunaan dan akses kepada teknologi serta mewujudkan fenomena jurang digital. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap jurang digital dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam literatur terkini (2019-2023). Metodologi berbentuk kualitatif, iaitu kaedah tinjauan literatur berdasarkan garis panduan PRISMA digunakan dengan menganalisis dokumen untuk memperoleh data dan maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan banyak kajian memfokuskan kepada jurang digital tahap pertama dan kedua, sementara jurang digital tahap ketiga sangat kurang diberi perhatian. Analisis juga mendapati terdapat lima kategori faktor utama yang boleh mempengaruhi jurang digital, iaitu sosioekonomi, skil dan kemahiran, infrastruktur dan fasiliti, sikap dan tingkah laku, serta sosiodemografik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menentukan jurang digital dalam kajian-kajian terkini adalah tidak berbeza dengan kajian terdahulu. Kajian ini diharap dapat membantu pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan dan para pengkaji untuk melihat dan memahami fenomena jurang digital dalam literatur terkini.

Downloads

Published

2024-03-15

How to Cite

Hashim, I. M. (2024). Jurang Digital dalam Sektor Pendidikan: : Satu Tinjauan Sistematik. Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568), 27, 87–92. https://doi.org/10.24191/gading.v27i0.439

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.