Faktor yang Mempengaruhi Literasi Kewangan dalam Kalangan Pelajar Universiti
Abstract
Ramai pelajar universiti bergelut dengan pengurusan kewangan akibat kekurangan pendidikan kewangan, tekanan emosi dan daya tahan, pengaruh rakan sebaya, dan pengiklanan, sekaligus menyebabkan kebanyakan pelajar berbelanja secara tidak rasional. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa pendidikan kewangan, kuasa-prestij, ketidakpercayaan, dan kebimbangan sebagai faktor-faktor penting yang mempengaruhi literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti. Metodologi penyelidikan kuantitatif telah digunakan yang melibatkan pengumpulan data menggunakan soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27. Responden kajian merupakan para pelajar semester 5 yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang. Hasil kajian menunjukkan pendidikan kewangan mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan literasi kewangan. Walau bagaimanapun, faktor-faktor lain seperti prestij-kuasa, ketidakpercayaan, dan kebimbangan tidak menyumbang kepada tahap literasi kewangan pelajar universiti. Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran tentang kepentingan literasi kewangan dan membantu pihak pengurusan universiti serta agensi kerajaan dan swasta dalam merangka dan menjalankan program-program kewangan dengan lebih efektif bagi meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan masyarakat termasuk pelajar universiti.
Copyright (c) 2024 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.