Modul Kursus Kepimpinan Pelajar UiTM:
Impak kepada Pemimpin Mahasiswa di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Abstract
Kepimpinan mahasiswa merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuah institusi pengajian. Setiap mahasiswa yang dilantik sebagai pemimpin mahasiswa haruslah mempunyai kredibiliti dan sifat sebagai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati. Dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai daya saing dan pemikiran yang berkelas dunia, Universiti Teknologi MARA melalui Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mewujudkan satu inisiatif dengan memperkenalkan modul kepimpinan pelajar. Modul ini mengandungi tiga modul utama iaitu Modul Kepimpinan Profesional (Ikon), Modul Kepimpinan Profesional (Juara Komuniti), dan Modul Kepimpinan Dinamik. Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji impak kandungan program terhadap pemimpin mahasiswa di UiTM Cawangan Pahang. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan analisa yang digunakan adalah kekerapan dan skor min. Responden yang dipilih adalah mereka yang pernah mengikuti modul ini dan terdiri daripada para pelajar ijazah sarjana muda serta diploma dari Kampus Jengka dan Kampus Raub untuk tahun 2022 dan 2023. Hasil kajian menunjukkan keputusan yang positif dengan skor min keseluruhan bagi kandungan modul dan impaknya terhadap kepimpinan mahasiswa melebihi paras 4.0. Skor min ini menunjukkan responden bersetuju kandungan program ini memberi impak kepada pemimpin mahasiswa di UiTM Cawangan Pahang. Selain itu, Kajian ini juga dilihat mampu membantu bahagian hal ehwal pelajar dalam melahirkan mahasiswa UiTM yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan unggul. Dapatan kajian ini juga mengesyorkan penambahbaikan terhadap modul-modul sedia ada bagi tujuan pemantapan modul pada masa hadapan dan keberhasilan yang relevan bagi mahasiswa UiTM.
Copyright (c) 2024 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.