Analisa Kajian Psikospiritual Islam di Malaysia:

Sorotan Kajian Sistematik (SLR)

  • Norhapizah Mohd Burhan UITM Cawangan Pahang
  • Nur Masitah Mazlan
Keywords: Psikologi, psikospiritual, sistematik literatur review, analisa, Islam

Abstract

Psikospiritual Islam merupakan sebuah disiplin ilmu yang mengintegrasikan elemen psikologi dan kerohanian berasaskan kepada prinsip Islam. Psikospiritual Islam ialah satu kaedah perawatan kejiwaan dan kerohanian yang berteraskan kepada sumber-sumber ketuhanan dan amalan-amalan Islam yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan amalan para salafus-saleh yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti kajian tentang psikospiritual Islam yang telah dijalankan oleh para pengkaji di Malaysia. Pendekatan kajian ini adalah secara kualitatif menggunakan reka bentuk analisis kandungan secara sistematik literatur review yang memberi fokus kepada elemen psikospiritual Islam. Pelaksanaan kajian ini mempunyai tiga peringkat:  (i) memilih artikel yang bersesuaian dengan kajian iaitu, pengenalpastian (identification), ii) saringan artikel yang diperlukan (screening) dan iii) kelayakan (eligibility) dengan fokus kajian. Kajian mendapati dua belas (12) artikel yang memenuhi tiga (3) kriteria tersebut yang membincangkan isu psikospiritual dari pelbagai skop perbincangan. Berdasarkan kesemua artikel yang dikaji, dapatan kajian menunjukkan psikospiritual Islam berupaya menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi oleh pelbagai kelas manusia kerana ia adalah proses mengembalikan hamba kepada Allah S.W.T. Tuntasnya, psikospiritual Islam sangat berperanan dalam pembangunan insaniah yang akhirnya membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 

Kata Kunci: Psikologi, psikospiritual, sistematik literatur review, analisa, Islam

Published
2024-03-15