Tinjauan Terhadap Potensi Pengelasan Tahap Kesukaran Pembelajaran Sebagai Panduan Pembelajaran Sesuatu Kursus
Abstract
Kejayaan di dalam pencapaian akademik memerlukan persediaan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana proses penilaian akademik tidak lagi berpaksikan kepada peperiksaan semata-mata tetapi merangkumi pelbagai bentuk penilaian terhadap kemahiran generik. Pihak majikan meletakkan pencapaian akademik yang cemerlang sebagai salah satu kriteria utama pengambilan tenaga kerja dengan tanggapan pelajar yang cemerlang di dalam pencapaian akademik adalah pelajar yang dapat menguasai kemahiran generik dengan baik. Disebabkan hal ini, maka suatu inisiatif sebagai alatan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Kampus Pasir Gudang. Pengelasan tahap kesukaran pembelajaran diperkenalkan bertujuan untuk perlabelan kursus dalam program, topik dalam kursus dan sub-topik dalam topik mengikut tahap kesukaran pembelajaran dari sangat mudah ke sukar. Melalui perlabelan ini, para pelajar dapat membuat perancangan pembelajaran dengan memberi lebih tumpuan dan masa kepada kursus, topik dan sub-topik yang di kategorikan sebagai sukar. Kesinambungan dengan itu, tinjauan untuk melihat potensi inisiatif ini dilakukan terhadap kumpulan sasaran pengguna sebelum langkah seterusnya diambil untuk pemantauan keberkesanannya sebelum digunapakai secara meluas. Seramai 50 orang pelajar program Diploma Kejuruteraan Awam sebagai responden ditemubual berdasarkan instrumen set soal-selidik bagi mengetahui persepsi terhadap cadangan perlabelan dan potensi sebagai alatan sokongan proses pengajaran dan pembelajaran. Responden bersetuju bahawa perlabelan yang dicadangkan adalah bersesuaian dan tersedia untuk digunapakai dengan tahap persetujuan melebihi 90%. Manakala, persepsi potensi pula, purata skor min > 4.5 (sangat setuju) dan tahap signifikan ujian-t, p = 0.027 yang bermakna para responden bersetuju bahawa inisiatif ini berkeupayaan untuk mencapai objektifnya dan akan memberikan kesan yang lebih positif sekiranya digunapakai. Walaupun sekecil mana usaha yang dilakukan, sewajarnya para pendidik harus terus berusaha untuk memberi sumbangan dalam pembangunan inisiatif-inisiatif yang dapat dimanfaat oleh para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi mempertingkatkan peluang kemudahan pasaran dan kebolehpasaran mereka di dalam industri pekerjaan sebenar.
Copyright (c) 2024 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.