Sejauhmana Aliran Pengajian dan Keputusan Bahasa Inggeris di Peringkat Sekolah Menengah Mempengaruhi Prestasi Akademik Pelajar Pra-Diploma
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aliran pengajian di sekolah menengah dan keputusan Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan prestasi akademik pelajar dalam program Pra-Diploma Perdagangan. Seramai 121 orang responden daripada program Pra-Diploma Perdagangan, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Tinjauan soal selidik secara atas talian telah dijalankan dan analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan perisian SPSS versi 28. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden mengambil aliran Perdagangan atau Ekonomi di sekolah menengah, namun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aliran tersebut dengan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat universiti. Namun, hasil ujian Chi-Square menunjukkan hubungan yang signifikan antara keputusan Bahasa Inggeris SPM dan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan. Kebanyakan responden yang hanya memperolehi lulus dalam Bahasa Inggeris SPM juga mencapai prestasi yang rendah dalam kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat Pra-Diploma. Hal ini menunjukkan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam mencapai kejayaan akademik. Kajian ini memberikan pandangan yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar Pra-Diploma Perdagangan, dengan penekanan khusus kepada aspek Bahasa Inggeris. Implikasi kajian ini dapat membantu universiti untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menyokong pelajar yang menghadapi cabaran dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Copyright (c) 2024 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.