Tahap Kepuasan Staf terhadap Persekitaran dan Sistem Kerja di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang
Abstract
Kepuasan pekerja terhadap persekitaran dan sistem kerja merupakan elemen penting yang dapat memberi impak kepada prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi. Justeru itu, amat penting bagi setiap organisasi mengetahui tahap kepuasan pekerjanya terhadap persekitaran dan sistem kerja agar semua matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kepuasan staf di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UiTM cawangan Pahang terhadap persekitaran dan sistem kerja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu mendapatkan data dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada semua staf FKA iaitu melibatkan seramai 45 responden. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisa untuk mendapatkan keputusan. Hasil kajian mendapati responden berpuas hati dengan keseluruhan persekitaran dan sistem kerja (54%). Perkara yang paling ramai responden sangat berpuas hati adalah mengenai ruang dan perabot yang disediakan di pejabat. Manakala perkara yang paling ramai responden tidak berpuas hati adalah berkenaan dengan kelengkapan/mesin yang disediakan di pejabat. Terdapat beberapa cadangan turut dikemukakan oleh responden. Kesimpulannya, kelemahan dari segi persekitaran dan sistem kerja yang telah didapati melalui kajian ini boleh diketengahkan kepada pengurusan tertinggi UiTM cawangan Pahang untuk penambahbaikan. Dengan adanya tindakan penambahbaikan yang bakal dilakukan, prestasi kerja staf FKA akan dapat dipertingkatkan.
Copyright (c) 2019 Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.