Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Diploma Perakaunan dalam Subjek Perakaunan
Abstract
Mempelajari subjek perakaunan memerlukan pelajar memahami teknik atau pendekatan pembelajaran yang baik agar pemahaman dapat diserap pelajar secara berkesan. Namun, pemahaman yang berkesan terhadap pembelajaran subjek perakaunan dipengaruhi beberapa faktor yang akan mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar di dalam subjek perakaunan tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat diploma. Faktor utama yang diambilkira adalah pendedahan awal dalam subjek prinsip akaun dan perdagangan. Manakala faktor-fakor lain adalah jantina, minat, desakan ibubapa dan jenis sekolah terdahulu. Sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah pelajar daripada fakulti perakaunan di Universiti Teknologi Mara, Pahang Kampus Jengka. Borang soal selidik diagihkan kepada pelajar untuk memperolehi data. Prestasi pelajar pula diukur berdasarkan markah yang diperolehi oleh mereka dalam ujian setara bagi subjek “Financial Accounting 1” (FAR110). Data dianalisis menggunakan pakej SPSS untuk menguji hipotesis bagi menentukan hubungan antara faktor-faktor dengan prestasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan faktor pendedahan awal dan desakan ibubapa mempengaruhi prestasi pelajar diploma perakaunan dalam subjek perakaunan. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu perjalanan pengajaran dan pembelajaran subjek perakaunan dengan lebih berkesan.
Copyright (c) 2019 Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.