Keberkesanan Pengajaran Pensyarah Ekonomi
Abstract
Pensyarah memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan, pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan pengajaran pensyarah dalam kursus Ekonomi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Kampus Raub. Kajian ini mendapati bahawa pengajaran pensyarah yang berkesan dapat dilihat dari aspek personaliti, perlakuan pengajaran, hubungan, dan sikap pensyarah terhadap pelajar. Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat lima ciri utama personaliti pensyarah yang menjadi pilihan pelajar iaitu mesra, tegas, prihatin, menepati masa, dan rajin. Hasil Analisis Regresi Berganda pula menunjukkan personaliti seperti mesra dan suka berjenaka merupakan penganggar signifikan bagi pencapaian pelajar. Kajian juga menunjukkan pengetahuan dan pengalaman mengajar adalah faktor dominan yang mempengaruhi gred pelajar. Justeru, pensyarah perlu mempelbagaikan usaha untuk menarik minat pelajar agar pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan menyeronokkan.
Copyright (c) 2019 Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.