e-KIRA CGPA EC110 Membantu Dalam Proses Pembelajaran Pelajar Program Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang
Abstract
Peratus pelajar bergraduat dalam tempoh pengajian 6 semester yang ditetapkan (GOT) merupakan kriteria penting untuk mengukur kecemerlangan program diploma kejuruteraan awam Universiti Teknologi MARA. Walaubagaimanapun, peratus GOT Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) kini semakin membimbangkan apabila peratus kegagalan pelajar FKA dalam subjek-subjek teras program semakin meningkat. Pelajar yang gagal ini perlu mengulang subjek berkenaan dan seterusnya tidak berjaya GOT apabila terpaksa menambah bilangan semester. Antara punca kepada masalah pelajar tidak berjaya GOT ialah pelajar tidak merancang pembelajaran seperti menetapkan sasaran CGPA yang hendak dicapai di setiap semester. Kebanyakan pelajar hanya menetapkan sasaran perlu lulus untuk sesuatu subjek dan menyebabkan mereka kurang fokus. Dengan menggunakan aplikasi mudah alih pengiraan sasaran CGPA (e-KIRA CGPA) yang dibangunkan, pelajar dapat menetapkan matlamat pencapaian akademik di setiap semester dan menjadikannya sebagai satu motivasi untuk lebih berusaha bagi mencapai sasaran yang diinginkan. Aplikasi interaktif ini membolehkan pelajar memasukkan sasaran markah ujian dan peperiksaan akhir (input) untuk mendapatkan skor markah dan akhirnya jangkaan nilai CGPA (output) yang akan diperolehi. Analisa maklum balas pelajar terhadap penggunaan aplikasi ini telah dibuat dan mendapati 80% pelajar bersetuju aplikasi ini sangat membantu dalam merancang masa dan menjadikan mereka lebih fokus. Di harap aplikasi ini dapat membantu para pelajar untuk lulus cemerlang dan seterusnya GOT. Sistem aplikasi ini juga turut menyokong dasar IR 4.0 iaitu kearah kampus digital.
Copyright (c) 2019 Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.