KEBEBASAN AKADEMIK DI DALAM ROH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  • Khairul Anuar Abdul Hadi Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Ikmal Hisham Md Tah Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Ahmad Zainuddin Hassan Universiti Teknologi MARA Pahang

Abstract

Kebebasan akademik merupakan satu isu yang sering diperkatakan oleh warga akademik. Sesetengah menganggapnya sebagai satu keistimewaan dan bersifat tidak tercabar dalam dunia pendidikan yang kerajaannya bersifat demokrasi. Hal ini mampu menjadi satu perdebatan hangat seandainya ada pihak yang cuba untuk menghalang seseorang menyuarakan pandangan dan pendapat melalui warkah ilmiah. Namun begitu, setiap kebebasan ada batasannya sama ada melalui sekatan peruntukan undang-undang melalui tekanan politik mahupun pentadbiran. Artikel ini akan membincangkan perkara-perkara berkaitan kebebasan akademik dan sekatan-sekatan yang ada sama ada di dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan mahupun akta-akta yang berkuat kuasa.

Author Biographies

Khairul Anuar Abdul Hadi, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Raub, 27600 Raub, Pahang, Malaysia

Ikmal Hisham Md Tah, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Raub, 27600 Raub, Pahang, Malaysia

Ahmad Zainuddin Hassan, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Raub, 27600 Raub, Pahang, Malaysia

Published
2021-10-15