KEBAHAGIAAN BEKERJA MELAHIRKAN BUDAYA KERJA YANG POSITIF
Abstract
Kebahagiaan dalam bekerja merupakan aspek penting dalam meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Pelaksanaan tugasan hakiki yang telah diberikan perlu dilakukan dengan penuh minat dan tanggungjawab bagi memastikan hasil kerja yang baik. Suasana ini membantu pekerja dalam mewujudkan budaya kerja yang positif seperti semangat kerjasama, motivasi dan komitmen yang tinggi, semangat setiakawan serta semangat kekitaan. Antara kaedah yang boleh diterapkan adalah melalui aktiviti-aktiviti sosial di kalangan rakan sekerja dalam organisasi seperti ‘team building’, majlis keraian, sukaneka dan sebagainya. Kertas kerja ini merupakan satu kajian kes mengenai aktiviti-aktiviti Biro Sosial di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPDP), UiTM Cawangan Pahang. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang positif dan seterusnya menyumbang ke arah organisasi yang cemerlang. Walau bagaimanapun untuk memastikan rasa bahagia ini wujud di kalangan pekerja, faktor dorongan dan halangan yang timbul dari semasa ke semasa perlu diberi perhatian dan ditangani dengan baik. Budaya kerja yang positif ini akan membantu individu untuk mencapai kejayaan serta matlamat diri yang sejajar dengan matlamat organisasi.
Copyright (c) 2021 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.


