KEGAGALAN PERALATAN DAN PRESTASI MERUDUM DI KALANGAN PEMANAH

  • Mohamad Azmi Nias Ahmad Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Kamarul Hisyam Kamaruzzaman JPS Malaysia
  • Junaidah Jamaluddin Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Faizan Abd Jabar Universiti Teknologi MARA Pahang

Abstract

Memanah adalah sebuah sukan yang telah diletakkan sebagai salah satu dari sukan teras negara Malaysia. Sukan memanah diyakini mampu menghasilkan pingat emas Olimpik untuk negara. Program dan latihan yang rapi telah dijalankan bagi mencapai matlamat menghasilkan pingat emas Olimpik ini. Kegagalan peralatan memanah adalah risiko yang berpotensi menghalang pencapaian matlamat tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami sejauhmana kegagalan peralatan memberi kesan kepada pemanah di samping mengumpul perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan kegagalan peralatan memanah. Oleh itu, kajian ini menggunakan Teori Kemujaraban Diri untuk menerangkan kesan yang dialami oleh pemanah yang pernah berhadapan dengan kegagalan peralatan memanah. Di samping itu, kajian ini juga melihat bagaimana mitigasi terhadap kegagalan peralatan memanah boleh dilakukan. Kajian ini mendapati pemanah yang menghadapi kegagalan peralatan memanah akan mengambil masa untuk kembali ke prestasi asal.

Author Biographies

Mohamad Azmi Nias Ahmad, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, Malaysia

Kamarul Hisyam Kamaruzzaman, JPS Malaysia

Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR/Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia

Junaidah Jamaluddin, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, Malaysia

Faizan Abd Jabar, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, Malaysia

Published
2021-10-15