KEBOLEHAN PELAJAR MENGAPLIKASIKAN KEUPAYAAN TEORI DAN PRAKTIKAL MELALUI PELAKSANAAN PROJEK ‘FKA LATERAL TOWER COMPETITION’
Abstract
Pelaksanaan Projek ‘FKA Lateral Tower Competition’ adalah sebagai satu keperluan dan inisiatif kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Awam yang mengambil kursus “Basic Structural Analysis (ECS 248)” dan “Structural and Material Laboratory (ECS268)”. Projek ini memerlukan pelajar untuk berfikir secara kreatif di mana mereka perlu menghasilkan rekabentuk dengan menggunakan bahan yang ditetapkan. Bagi mencapai hasrat itu, pelajar perlu mengaplikasikan teori dan praktikal yang telah dipelajari di dalam kedua-dua kursus yang dinyatakan. Projek yang dihasilkan meliputi aspek cadangan, rekabentuk, pembinaan dan pengujian model serta pembentangan dan dinilai oleh juri. Ini adalah bertepatan dengan konsep ‘Conceive, Design, Implement dan Operation’ (CDIO) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar mengenai keupayaan teori dan praktikal mereka dalam menyelesaikan projek yang diberikan. Selain itu, maklumbalas pelajar juga diperolehi bagi tujuan penambahbaikan pada semester akan datang. Satu instrumen soalselidik telah dilakukan kepada 167 orang pelajar dan mendapati keupaayan teori adalah lebih diutamakan berbanding keupayaan praktikal dalam menyelesaikan projek ini.
Copyright (c) 2021 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.


