KAJI SELIDIK MENGENAI PENGETAHUAN SEKS DI KALANGAN PELAJAR
Abstract
Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sumber maklumat dan pengalaman mengenai seks dalam kalangan pelajar sekolah. Kaji selidik ini turut melihat jika wujud perbezaan antara tahap pengetahuan, sumber maklumat dan pengalaman mengenai seks dalam kalangan pelajar berdasarkan faktor demografi. Sampel kaji selidik ini melibatkan para pelajar sekolah menengah di sekitar bandar Raub seramai 100 orang menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas. Dapatan kaji selidik menunjukkan tahap pengetahuan seks di kalangan pelajar adalah rendah. Tidak wujud perbezaan ketara antara skor pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mengenai pengetahuan seks. Hasil kaji selidik juga mendapati bahawa sumber rujukan mengenai pengetahuan seks majoritinya diperoleh daripada rakan sebaya, Internet, media sosial, filem dan televisyen. Tinjauan turut mendapati pengalaman mengenai seks diperoleh dari tontonan video lucah, bertemujanji selain kerap membaca bahan lucah. Hasil kajian yang diperoleh ini diharap dapat mengenalpasti permasalahan selain menangani isu seks dalam kalangan pelajar sekolah sekaligus memberi input kepada pihak yang berkepentingan bagi merangka intipati pendidikan seks yang bersesuaian di sekolah bagi membendung gejala sosial.
Copyright (c) 2021 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.