KONSEP KENDIRI PELAJAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

  • Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Nurul Hidayah Che Hassan Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Siti Zafrina Zahari Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Abu Bakar Jaafar Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Wan Azmi Wan Ahmad Universiti Teknologi MARA Pahang

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang konsep kendiri pelajar UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub menurut perspektif Islam.  Dalam konteks pembangunan pelajar di Malaysia, konsep kendiri merupakan aspek yang sangat penting untuk menjana kecemerlangan dan kualiti pelajar. Pelajar sebagai aset negara perlu mempunyai konsep kendiri positif kerana mereka merupakan generasi yang bakal menerajui kecemerlangan, keunggulan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan lapangan menggunakan borang soal selidik dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Pahang kampus Raub dan kajian kepustakaan. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif diperolehi dari soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik Skala Konsep Kendiri Tennesse (Tennesse Self-Concept Scale) yang telah dibentuk oleh Fitts (1965) dan telah diubahsuai mengikut perspektif Islam. Manakala analisis secara kualitatif digunakan untuk menganalisis dan menghurai dapatan data kuantitatif. Kajian ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa konsep kendiri pelajar UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub berada pada tahap yang positif bagi setiap aspek yang dikaji. Kajian ini juga mendapati elemen konsep kendiri dari sudut fizikal, emosi, intelek dan rohani mampu membentuk konsep kendiri pelajar untuk menyediakan pelajar ke arah kehidupan yang lebih berkualiti dalam mencapai pembangunan lestari sesuai dengan agenda negara pada masa kini.

Author Biographies

Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan, Universiti Teknologi MARA Pahang

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Pahang,Kampus Raub, Pahang, Malaysia

Nurul Hidayah Che Hassan, Universiti Teknologi MARA Pahang

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Pahang,Kampus Raub, Pahang, Malaysia

Siti Zafrina Zahari, Universiti Teknologi MARA Pahang

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, Malaysia

Abu Bakar Jaafar, Universiti Teknologi MARA Pahang

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, Malaysia

Wan Azmi Wan Ahmad, Universiti Teknologi MARA Pahang

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, Malaysia

Published
2021-10-15