PENGURUSAN KEWANGAN MAHASISWA
Abstract
Ilmu perakaunan asas merupakan satu cabang pengetahuan yang penting, tanpa mengira peringkat usia, taraf pendidikan, mahupun kerjaya seseorang. Salah satu cabang asas perakaunan yang penting adalah belanjawan dan pengurusan kewangan. Ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan setiap individu ini sering diabaikan terutamanya oleh golongan muda sehingga menimbulkan masalah kepada masyarakat apabila bilangan individu yang tersenarai dalam senarai muflis Bank Negara semakin meningkat saban tahun. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan asas tentang belanjawan dan pengurusan kewangan daripada pandangan kelompok remaja Malaysia di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan ia bertujuan untuk mengkaji corak perbelanjaan golongan muda di peringkat awal, iaitu bagi mahasiswa peringkat diploma. Golongan ini dipilih kerana, mereka telah melepasi peringkat persekolahan dan pada kebiasaannya memulakan kehidupan sendiri jauh daripada kawalan ibubapa. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk melihat sejauh mana mahasiswa di sini peka terhadap kepentingan pengurusan kewangan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik kepada mahasiswa secara rawak. Seramai 134 responden telah terlibat dalam kajian ini iaitu para mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai program. Hasil kajian ini mendapati bahawa mahasiswa mempunyai kebolehan dan tanggapan yang positif terhadap pengurusan kewangan dan mereka menyedari akan kepentingannya. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir mahasiswa yang berada di tahap sederhana dan lemah dalam menguruskan kewangan peribadi masing-masing.
Copyright (c) 2021 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.


