FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MEMILIH PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

  • Noraida Mohd Saim Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Nurul Farraheeda Abd Rahman Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Siti Hawa Rosli Universiti Teknologi MARA Pahang
  • Haslin Idayu Amaruddin Universiti Teknologi MARA Pahang

Abstract

Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar lepasan SPM memilih program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam. Kajian yang dijalankan di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pahang ini melibatkan seramai 296 responden iaitu pelajar-pelajar semester 1 yang mendaftar kemasukan bagi sesi 1 2019/2020. Terdapat empat faktor utama yang dikaji iaitu minat pelajar itu sendiri, dorongan ibu bapa dan keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh jaminan peluang kerjaya serta gaji yang bakal diterima sebaik tamat pengajian kelak. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik dan kemudiannya analisa deskriptif dibuat untuk melihat faktor utama yang mendorong kepada pemilihan program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam. Dapatan analisa kajian ini menunjukkan bahawa minat yang mendalam dalam diri pelajar itu sendiri mendorong pelajar memilih program pengajian tersebut. Ujian-t juga dibuat untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam menentukan pemilihan program pengajian ini. Semoga dengan minat yang telah dipupuk sedari awal lagi dapat terus menjadi pemangkin untuk belajar bersungguh-sungguh dan bergraduat dalam tempoh masa yang ditetapkan serta memperolehi keputusan yang cemerlang. Data kajian ini juga nanti boleh digunakan untuk mengenal pasti hubung kaitnya dengan pencapaian akademik responden yang sama di dalam semester-semester akan datang sehingga bergraduat.

Author Biographies

Noraida Mohd Saim, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, Malaysia

Nurul Farraheeda Abd Rahman, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, Malaysia

Siti Hawa Rosli, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, Malaysia

Haslin Idayu Amaruddin, Universiti Teknologi MARA Pahang

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA Pahang, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, Malaysia

Published
2021-10-15