KESILAPAN SEBUTAN FONEM BAHASA ARAB DI KALANGAN PELAJAR
Abstract
Fonem merupakan kesatuan bunyi yang terkecil dan sistem bunyi-bunyi bahasa yang dapat berfungsi sebagai pembeza makna. Dalam pertuturan bahasa Arab, pelajar mengalami kesukaran untuk membezakan bunyi pada perkataan yang hampir sama disebabkan kurangnya pengetahuan dari sudut fonologi bahasa yang dipelajari. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah kesilapan pelajar dalam menghadapi sebutan fonem bahasa Arab di sekolah. Fokus utama yang ingin ditekankan dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor kesilapan sebutan fonem pelajar serta mencadangkan kaedah ataupun teknik pengajaran bagi mengurangkan kesilapan sebutan dalam fonem bahasa Arab oleh pelajar terutamanya semasa pertuturan dalam bahasa Arab. Metodologi kajian adalah menggunakan kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama kesilapan sebutan dalam fonem adalah pengaruh bahasa pertama kepada bahasa kedua, faktor dalaman diri pelajar dan faktor pengajar. Kaedah yang dicadangkan dalam kajian ini adalah kaedah audio-lingual dan kaedah transliterasi, manakala teknik pengajaran pula adalah lakonan dan teknik latih tubi mekanis. Kesilapan sebutan fonem seharusnya dipandang serius kerana ia merupakan asas kepada pertuturan yang baik dan lancar. Ini kerana kesilapan sebutan fonem sekiranya tidak diperbetul dari awal maka ia akan berlarutan sehingga dewasa. Oleh itu, pertuturan yang baik datang daripada sebutan yang tepat dan jelas.
Copyright (c) 2021 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.


