Menangani Cabaran ke Arah Universiti Bertaraf Dunia

Satu Tinjauan

  • Ab Rahman Kimsin
  • Dzulkefli Mamat
  • Mohd. Nasir Muda
  • Norhayati Mohd. Salleh @ Salih
  • Wan Hanisah Wan Ismail
Keywords: Universiti bertaraf dunia, cabaran perkembangan pendidikan, strategi pengukuhan

Abstract

Visi dan misi peningkatan Universiti Teknologi MARA ke taraf dunia adalah sejajar dengan perkembangan pendidikan negara yang semakin mencabar. Untuk mencapai visi dan misi ini dalam masa yang singkat memerlukan komitmen yang tinggi bagi menangani cabaran-cabaran yang bakal dilalui. Dengan itu UiTM perlulah mengenal pasti cabaran-cabaran ini dan bersedia dengan strategi-strategi yang kukuh untuk menghadapinya. Kertas kerja ini cuba membuka minda pembaca mengenai cabaran dalam perkembangan sistem pendidikan negara khasnya UiTM, impak cabaran terhadap universiti dan strategi yang boleh diberi perhatian untuk memertabatkan UiTM sebagai sebuah universiti bertaraf dunia.

Published
2017-06-22
How to Cite
Kimsin, A. R., Mamat, D., Muda, M. N., Mohd. Salleh @ Salih, N., & Wan Ismail, W. H. (2017). Menangani Cabaran ke Arah Universiti Bertaraf Dunia. Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568), 8(02), 27-33. https://doi.org/10.24191/gading.v8i02.55