UNSUR KETUHANAN DI DALAM LIRIK LAGU
Abstract
Lagu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, medium ini boleh diangkat sebagai satu mekanisme dalam menyampaikan mesej dakwah. Penggunaan lirik dalam sesuatu karya lagu yang mempunyai unsur-unsur ketuhanan memainkan peranan yang sangat penting. Kertas kerja ini berbentuk kertas kerja konsep yang membincangkan tentang lirik lagu bukan nasyid yang mempunyai unsur ketuhanan. Lagu selain daripada lagu nasyid dipilih kerana penulis ingin melihat sejauh mana karya lagu tersebut mengandungi unsur-unsur ketuhanan. Selain itu, tujuan kertas kerja ini dibuat agar masyarakat lebih menghargai karya lagu yang mengandungi unsur ketuhanan walaupun tidak dinyanyikan oleh penyanyi nasyid. Di antara lirik lagu yang dipercayai mempunyai unsur ketuhanan adalah seperti Suci dalam Debu, Keinsafan, Bila diri ini disayangi, Sufi dan lain–lain lagi. Unsur ketuhanan yang dinyanyikan dilihat daripada tiga aspek utama iaitu unsur akidah, akhlak dan ibadah. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa lirik lagu yang menyuntik unsur ketuhanan dalam karya lagu mempunyai nilai seni yang tertentu kerana membawa mesej dakwah kepada para pendengar. Namun sikap masyarakat yang enggan menghayati maksud di sebalik lirik lagu yang disampaikan, menjadikan lagu itu sekadar siulan hiburan semata-mata.
Copyright (c) 2021 Gading Journal for Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.


